Showing posts with label politikus. Show all posts
Showing posts with label politikus. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

politik bodoh malaysia




BUKA BICARA
hai semua jangan.. salah faham dengan gambar di atas ini.. ini cuma simbolik untuk senario politik malaysia yang bodoh pada hari ini.. jadi apa kena mengena dengan gambar budak kecik 'ghairah' dengan awek cun ni? awek cun ni ibarat sebagai parti politik yang sangat menarik.. budak kecik diibarat sebagai pelabur-pelabur, perasuah-perasuah atau pun pembeli undi yang ghairah untuk melobi pemimpin-pemimpin parti politik demi masa depan mereka atau pun masa depan empayar mereka.

KERAJAAN
jika kita menyebut tentang pemimpin daripada kerajaan cuba anda semua lihat dan perhatikan terlalu banyak skandal yang menjijikkan yang terjadi.. penyelewengan harta kekayaan negara yang sepatutnya dilaburkan kepada rakyat telah pun dirompak dengan rakusnya.. tidak perlu diselindung lagi malah telah banyak disurahkan di dalam dewan rakyat mahupun media massa tetapi pemimpin yang rakus masih lagi tak sedar diri malahan menarik subsidi rakyat sedikit demi sedikit..

PEMBANGKANG (PKR)
kononnya parti politik ini akan membawa perubahan kepada yang disebut kepada "good governance".. tapi apa yang berlaku pada hari ini (pemilihan parti) yang dicanang sebagai telus,adil dan bersih itu meleset sama sekali.. Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat – satu anggota satu undi.. bunyinya cukup gah !

tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana.. Kelam dan kabut sedang berlaku dimana-mana. masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.. cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan dimana bibit bibit politik wang boleh menerbus masuk dan menjadi barah...

jika semuanya baik mengapa ada 162 aduan yang dibuat mengenai pemilihan ini.. jika tidak ada kesilapan masakan begitu banyak aduan.. suara tidak puas hati sudah kedengaran.. apa kata zaid ibrahim? apa kata mustapha kamal ayub (naib presiden pkr) perlu di ambil kira... 

KONKLUSI
di waktu pilihanraya semakin hampir pembangkang(pkr) telah membuat kesilapan.. adakah masih ada petunjuk ke arah lebih baik selepas ini? niat yang baik sahaja tidak cukup kuat untuk merevolusikan politik.. secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan akidah dalam real politik tidak mencukupi. Real politik bukan tentang niat dan akidah..

dalam real politik niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan.. mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula dari niat dan cita cita untuk membawa kebaikan..


p/s- mungkin ada yang pesimis dengan entri kali ini tapi inilah hakikat yang sebenar


Saturday, November 6, 2010

baru sikit pun mau kecoh ka



alahai! aduhai! alamak kau!
kau naikkan harga petrol dan gas! lagi dan lagi!
kau cakap negara nak bankrup kalau terus tanggung subsidi rakyat!
kau suruh rakyat ubah cara hidup!
kau pakai baju ribuan ringgit boleh la ubah pakai baju ratusan ringgit!
kalau rakyat miskin pakai baju bundle rm5 takkan kau nak diorang semua bogel!
akal ada ka wahai pemimpin sakailian?
kau tahu bezakan keperluan dan kemahuan tak?
orang putih kata needs and wants!
internal stimulus or external stimulus?
reti beza?
kau buat belanjawan bagi potongan harga kat seluar dalam,bra,pewarna rambut dan banyak yang mengarut!
siapa nak beli tu semua? rakyat kau banyak yang kebulur!
kau tarik subsidi rakyat tapi kau tolong taukeh taukeh besar!
kau nak buat bangunan 100 tingkat!
tapi kau kata belanjawan hari tu rakyat yang respon? rakyat mana?

Sunday, August 29, 2010

the pirates of selangor (fucking small house)


kau fikir sendiri la banyak mana lanun ni da kebas harta orang selangor!

Saturday, August 28, 2010

the pirates of sarawak


LANUN INI PERLU DI TANGKAP DAN DI BICARAKAN

tangkap lanun ni sebab dah banyak sebat harta rakyat sarawak!

Saturday, August 14, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik

Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik. 


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.




Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara

Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner... ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik, katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Najib Tun Razak: Melakar Transformasi Malaysia di sini, semalam. 

Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin mahu mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di IPT awam membabitkan diri dalam parti politik. 

Muhyiddin berkata, kebenaran berpolitik di IPT tidak boleh disamakan seperti kebenaran guru berpolitik di sekolah kerana murid sekolah belum boleh terbabit dalam politik berasaskan faktor usia yang masih mentah, sekali gus tidak memberi kesan kepada golongan itu. 

Kalau di kampus sasarannya kepada politik pastinya akan membawa kesan yang lain. Saya tahu di negara maju ada juga yang menyekat mahasiswa mereka terbabit (politik) kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan kepada akademik, katanya. 
Sementara itu, katanya, pembangkang perlu memohon ampun kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang murka dengan tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda menerusi poster pada majlis ceramah di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini. 

Katanya, pembangkang harus memahami kedudukan Raja sebagai payung negara yang tidak sepatutnya dieksploitasi sehingga boleh menjatuhkan maruah dan martabat Raja.