Wednesday, August 11, 2010

kepada mahasiswa


Tidak lama selepas fenomena kebuluran rakyat marhaen di beberapa kawasan luar bandar pada penghujung tahun 1960an, gelombang kebangkitan mahasiswa sekali lagi menumpu pada kemiskinan rakyat di Baling Kedah.
Pada waktu tersebut, mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) serta beberapa pertubuhan mahasiswa yang agak vokal telah mengambil keputusan untuk mobilisasi rakyat di sana.
Pada tanggal 19 November 1974, UMSU telah berjaya mobilisasi rakyat lebih 1000 orang. Rapat umum tersebut berterusan sehingga 21 November 1974.
Ketika itu, mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran rakyat hatta lebih 13 ribu ummat membanjiri Pekan Baling. Mahasiswa yang turun ke sana tidak banyak, namun kepemimpinan mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran ke atas rakyat di sana.

Aksi mahasiswa bersama rakyat ini terus menerus diintai oleh kaum kapitalis UMNO/BN pada waktu tersebut. Aksi mereka ini panas diperdebatkan di Parlimen; bukan untuk memelihara hak-hak rakyat, tetapi lebih untuk mempertahankan status quo UMNO/BN sendiri.
Selepas Demontrasi tersebut, suatu rapat umum mahasiswa telah dibuat sekali lagi di Padang Kelab Sultan Selangor. Perhimpunan bersejarah tersebut berangsung pada 3 Disember 1974. Demontrasi tersebut telah dihadiri lebih 5 ribu mahasiswa.


Dalam demontrasi tersebut, mahasiswa telah mendesak beberapa tuntutan ke atas kerajaan Malaysia. Antaranya:-
PERTAMA, kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah inflasi negara; KEDUA, harga getah hendaklah dinaikkan pada paras munasabah; dan KETIGA, semua Menteri dan Menteri Besar yang rasuah hendaklah disingkirkan atau dihukum. [Hassan Karim, 1984].
Kerajaan langsung tidak mengendahkan tuntutan Pelajar dan telah menggunakan Polis untuk memadamkan gelombang kebangkitan mahasiswa pada waktu tersebut. Seramai 1128 mahasiswa telah dikasari dan ditangkap secara biadap oleh Polis pada waktu tersebut.
Walaupun Kerajaan telah mengenakan tindakan zalim dan tidak berprikemanusiaan tersebut, namun segala inisiatif kerajaan langsung tidak memadamkan gelombang kebangkitan mahasiswa.
Mahasiswa telah melancarkan demontrasi sekali lagi di dalam kampus. Kali tersebut, Presiden UMSU Sdr. Kamaruzzaman Yaacob dan Penolong Setiausaha UMSU Sdr. Adi Satria dan beberapa aktivis mahasiswa telah ditangkap di bawahakta draconion ISA

Ada juga pemimpin berjaya melarikan atau menyelamatkan diri. Antaranya, Setiausaha Agong UMSU sendiri Sdr. Hishamuddin Rais.
Selain Sdr. Kamaruzzaman Yaacob dan Sdr. Adi Satria; Prof. Syed Husin Ali (UM), Prof. Tungku Shamsul (UM), Sdr. K.S Nijar (UM), Sdr. Lim Mah Mui (UM), Sdr/i. Sabiha Abd. Samad (ITM), Sdr. Anwar Ibrahim (Presiden ABIM), Sdr. Ab. Rahman Rikaini (YDP PMUKM), Sdr. Ahmad Kamal Selamat (YDP PMUSM) dan Ibrahim Ali (Presiden KSITM) antara yang ditangkap polis di bawah ISA pada waktu itu.
Aksi mobilisasi massa pada waktu tersebut mampu menggugat kaum capitalism UMNO/BN yang senang-lenang dalam kerajaan Malaysia. Mobilisasi massa pada waktu itu bukan hanya dilakukan ke atas mahasiswa, malah rakyatmarhaen sendiri.

Kerajaan UMNO/BN yang capitalism pada waktu tersebut mulai merencana untuk memadamkan api kebangkitan mahasiswa.
Salah satunya adalah meminda AUKU 197i agar lebih ketat (digezetkan pada 12 Mei 1975) demi mengekang partisipasi dan mobilisasi kaum mahasiswa ke atas rakyat sebagaimana sebelum ini.
Tidak lama lagi, perhimpunan sejuta ummat akan berlangsung. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sendiri sedang mobilisasi 5 ribu mahasiswa di peringkat nasional.
Namun, yang pasti UMNO/BN dan kerajaan Malaysia ‘dahulu kini dan selamanya’ tidak pernah terasa tergugat jika mahasiswa hanya mampu mobilisasi 5 ribu atau sepuluh ribu mahasiswa dalam satu-satu massa.
Yang mereka khuatiri dan bimbang apabila kita (mahasiswa) mulai memobilisasi massa – kaum petani, peruncit, buruh, nelayan, penjaja, kakitangan kerajaan/swasta, hatta pertubuhan parti/NGOs sendiri.
Itulah yang boleh kita lihat dalam sejarah MAHASISWA MENGGUGAT lampau.

p/s-FIKIRKAN MAHASISWA SEKARANG DI MANA?