Wednesday, October 27, 2010

gravity

1 2 3 go!

this is what the underdog will tell you!

nukilan rakyat!



nukilan ini dari rakyat untuk rakyat
bukan dari sang kuasa kepada hambanya
tapi dari yang biasa kepada yang sekufu dengannya
tiada harta tiada kuasa
hanya mampu berkata sahaja
takkan mampu mengubah apa-apa
setiap yang berkuasa lupa segalanya
ingin ingatkan kepada yang berkuasa
jangan dilupa pada yang lemah
jika dihitung empayar terdahulu tidak kekal akan binasa jua
sebelum binasa ingat lah sama
tiada apa yang kekal abadi!

haramkan nuklear!


ini la logo yang paling sesuai buat kita semua!


ini la rupa kota chernobyll yang musnah kerana nuklear


inilah rupa kota yang ditinggalkan kerana nuklear


tiada kehidupan di kota yang dicemari nuklear




kanak-kanak menjadi mangsa akibat pencemaran nuklear




jangan biarkan masa depan kanak-kanak di Malaysia sama seperti di Chernobyll
mahukah kita menerima nasib yang sama seperti mereka?
HARAMKAN NAJIS NUKLEAR DI BUMI MALAYSIA!

subsidi oh subsidi!




kalau betol negara nak bankrup apasal nak buat projek mega RM5b?
kalau nak bankrup kenapa kos operasi lagi tinggi dari pembangunan untuk rakyat?
siapa nak beli pewarna rambut, baju tido, beg tangan, SELUAR DALAM?
takkan ini je bajet yang mampu kerajaan buat?
hutang kad kredit rakyat Malaysia dah melampau banyak jadi kenapa adakan polisi beli rumah tanpa deposit?
katanya untuk golongan belia kumpul aset.. 
kerajaan lupa ke yang golongan belia paling banyak tanggung hutang kad kredit?
kerajaan lupa ke yang mahasiswa kena berhutang berpuluh ribu dengan PTPTN?
ni semua kerja gila nak menjurus ke arah masalah SUB-PRIMA macam kat USA!

student power!

tuntut STUDENT POWER! di kampus anda!

hutang


Pendedahan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,”

pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.


Thursday, October 21, 2010

semiotik figura minimalis







semiotik bahagian dua kali ini mempamerkan figura yang minimalis..

minimalis untuk mamat ni adalah sifat sederhana..
suka optimumkan kebolehan beliau dalam situasi yang minimal..
sebab tu mamat ni figura minimalis..
tak suka tonjolkan diri.. walaupun dia punya "toot" memang tertonjol..
rujuk pada gambar di atas hahaha..
lo-fi yang teramat sangat walaupun banyak potensi tersembunyi dalam diri mamat ni..
apa kehebatan mamat ni lagi ye? dia nampak kurus?
dapat pulak mamat ni gemuk kot belum kurus lagi..
sapa cakap dia kurus aku rasa pakai la cermin mata..
tak lah hensem,gemuk,rabun dan nampak hampeh!
tapi kalau korg rasa macam tu korg silap..
gemuk ni gifted! x kira la study ke or benda2 seni ni..
dalam kelas dulu masa kat universiti mana study tapi melukis... last2 pandai gak.. 
sebab tu aku frasa kan beliau sebagai figura minimalis!
talanted in music! bass! guitar! drum! 
bass drum hahaha zaman percussionist dalam pancaragam universiti dulu..
aku main side drum mamat ni main bass drum woow kelakar hahaha...
aku main 1 section dengan mamat ni masa dalam pancaragam universiti dulu hahaha..
dia lah geng skip latihan band aku..
mamat ni seorang musician banyak gak la event2 musikal beliau ni da main..
jangan pilih kawan sebab nampak hensem, cool, stylo atau gempak..
skali lagi don't judge a fat boy by his stomach.. hahahahaha

ni tribute untuk lu bro..kawan baik aku kat universiti -peace-



semiotik pesonaliti figura





apa kehebatan mamat ni?
dalam gambar nampak kurus? maybe? aku pun rasa dia nampak kurus..
tapi tu bukan kehebatan dia..
yang aku tahu dia ni banyak jawatan di universiti.. nampak macam gila kuasa..
lain-lain apa kehebatan mamat ni?
anak orang kaya? dapat pulak! dia orang biasa je tinggal kat ceruk felda..
anak felda yang tak malu nak mengaku aku anak peneroka..
anak felda yang tak putus asa menambah baik kualiti hidup..
mamat ni anak felda yang sedar hidup anak felda selalu kena tindas dengan kapitalis...
kehebatan mamat ni lagi adalah..
sebagai kawan dia memang baik,bagus dan jujur yang paling penting
carilah kawan yang jujur,baik dan ada dengan kau susah dan senang
macam mamat ni..
mamat ni akan berusaha untuk kau sehingga ke saat terakhir..
mamat ni tak pernah putus asa untuk kawan dia..
walaupun gemuk tapi ada sifat-sifat terpuji sebagai kawan..
luaran mamat ni tak da la stylo,hensem,tough ke kan..
tapi dia ada sifat-sifat terpuji sebagai kawan..
nama dia pun wan so elok lah jadi kawan haha..
moral of the story aku guna ayat "klise" don't judge a book by its cover..

ni tribute untuk kawan baik aku di universiti dulu -peace bro- 


lambang cinta sejati





hahahahahahahahahaha
ni mahal yang tak ada TAJ
untouchable ni hehehe

pilihan jalan raya





 berita baik

Kaum buruh dan anak muda di Peranchis meneruskan perjuangan mereka. hari ini masuk hario ke 6 dimana seluruh peranchis telah lumpuh oleh mogok dan tunjuk perasaan.

Hari Rabu ini dewan Senate Peranchis akan membincangkan pemanjangan dua tahun umur pancen – dari 60 ke 62 tahun.

Mogok dan tunjuk perasaan ini adalah untuk menentang pemanjangan umur boleh pencen.

Hari ini :
- beratus ratus stesen jual minyak tutup. semua kehabisan minyak
- perlabuhan marseille telah ditutup
- pemungut sampah telah turut sama – sampah mula menimbun
- anak anak muda tingakatan enam telah mula turun ke jalan raya.
dua ratus sekolah menengah ditutup. anak muda mula bertempur dengan polis
- laluan jalan keretapi dari selatan – monpellier ke nimes di tutup
- pemandu truk dan lori melintangkan kereta dilebuh raya sebagai tanda sokongan
- kesatuan buruh GST meminta lapangan terbang ditutup[

NANTERRE : diwilyah inilah bermulanya gerakan mei 68

NOTA:
harga minyak telah naik ke 82 dolar untuk satu tong. minggu lalu ianya
mencecah 87 dolar. musim sejum akan sampai. harga bahan bakar minyak akan naik lagi. semua ini membantu kaum buruh untuk terus menekan kerajaan pro kaum pemodal di eropah.

DI GERMAN:
Untuk pertama kalinya kerajaan german telah menerima hakikat bahawa dasar multicuturalism tekah GAGAL. ini akan memberi nafas baru untuk gulungan kanan yang anti warga turki dan anti islam.

DARI AKHBAR GUARDIAN LONDON

"The vote is of no importance," said Didier Caron, a 51-year-old Renault employee. "It's the street. If the street works well, it could still win."

(Mengundi itu tidak penting, kata Didier 51 tahun yang bekerja di Syarikat Renault. Jawabnya jalan raya. Kalau dijaan raya berjaya, pasti kami menang )

As the familiar chants rang out and students and children rubbed shoulders with pensioners and postmen, the manifestation drew 3.5 million people on to the streets, according to the unions, and 1.1 million, according to the interior ministry. Some shouted their calls for an intensified gr̬ve g̩n̩rale (general strike). Others took a quieter approach. One man's sticker read: "r̻ve g̩n̩rale" Рgeneral dream.
"I am here to show my discontentment with this government's politics in general," said one hospital worker, Armelle, who like many protesters was expressing her rage with the Sarkozy agenda as a whole, rather than just the pension reform. "This is my fifth time. I am mobilising for myself and for all French people. I feel as though our public services, which are so important to us in France, are disappearing."



bajet bagus 2011






buat bangunan tinggi-tinggi guna duit PNB
sejak bila PNB yang biasanya portfolio investment management bertukar kepada properties management?
fuck off! PNB buat pelaburan kewangan bukan buat projek mega!
apasal PNB tak bagi loan SME kat bumi's banyak2?
kan tu tujuan PNB ditubuhkan!
kalau bangunan ni siap PNB tak kan tak sentuh langsung duit pelaburan untuk selenggara gedung besar ni!
kredibiliti fund manager PNB di ragui la samdol! 

belanjaWANG negara





mak janda didahulukan
sekolah agama kemudian 
hahaha


macam bodoh hahahahaha


la jeunesse dan la rue - anak muda nak di jalan raya



Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.

Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.

Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama cilakanya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis. 

Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti gulungan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.

Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.

Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapital – melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.

Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis – merasa di cabar – lalu kaum buruh turun ke jalan raya.

Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland – pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.

Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.

Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.

Justeru krisis ekonomi Eropah ini akan datang melanda kita.

Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

revolusi





tradisi diteruskan


dua tahun lebih awal john berevolusi


pemimpin revolusi pelajar mei 68


kota paris mei 68


kaum kapitalis mula takut di ketika itu dengan anak muda mahasiswa apabila mereka turun ke jalan raya!
kaum kapitalis hormati kaum buruh jika tidak inilah balasan ke atas kamu semua!
kaum kapitalis kami kaum buruh bukan hamba abdi dan kuli selamanya!
fuck kapitalis! penindas! korupsi!
ingatlah sejarah jadi panduan!