Thursday, October 21, 2010

la jeunesse dan la rue - anak muda nak di jalan raya



Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.

Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.

Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama cilakanya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis. 

Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti gulungan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.

Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.

Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapital – melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.

Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis – merasa di cabar – lalu kaum buruh turun ke jalan raya.

Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland – pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.

Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.

Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.

Justeru krisis ekonomi Eropah ini akan datang melanda kita.

Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.