Friday, November 19, 2010

kadar tarif elektrik naik 2011



Pelaksanaan mekanisme baru tarif elektrik pembayaran FiT bermula 2011.

Pelaksanaan mekanisme tarif pembayaran bagi janakuasa tenaga boleh diperbaharui atau Feed-in-Tariff (FiT) bermula tahun depan yang akan menyebabkan kenaikan satu peratus tarif elektrik di Semenanjung, tidak akan membabitkan pelanggan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200 kilowatt atau kira-kira RM40 sebulan yang menerima subsidi kerajaan.

Sumber industri berkata, kira-kira 1.1 juta daripada 7.6 juta pelanggan TNB yang menggunakan elektrik kurang daripada 200 kilowatt sebulan menerusi subsidi kerajaan, tidak akan terbabit dalam penyelarasan tarif itu.

Mekanisme FiT dilaksanakan bagi menampung pembayaran premium kepada individu atau pembekal tenaga bebas (IPP) yang membekalkan elektrik kepada grid menerusi mekanisme itu yang bertujuan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini.

“Dana yang dikumpulkan daripada kenaikan satu peratus itu akan diuruskan sebuah badan khas dalam Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi mengelak dana itu dari disalahgunakan,” katanya.


nukilan stanzapop

apa ke babi la kau bagi tahu tarif elektrik naik awal sangat ni?
aku tahu kau nak bagi rakyat semua lupa bila sampai masa tarif elektrik naik kan?
licik sungguh mainan kau!
takutkan rakyat kata kos meningkat sebab nak nak buat loji nuklear kan?
bila rakyat takut tarif elektrik naik, rakyat pun terpedaya dan tak bantah buat loji nuklear kan?
memang bodoh kau swastakan elektrik biar kroni IPP dapat untung!
rakyat jadi bodoh trima saja kenaikan tarif elktrik!
kau subsidi rm40billion 1 tahun biar kroni kaya!
kenapa "reserve capacity" IPP banyak sangat?
sebab kalau sikit macam mana kroni nak kaya kan?
sebab kau semua korup la sialan!