Tuesday, November 30, 2010

makmal sekolah ke?



Ekoran kenaikan kos sara hidup yang kian membebankan, kerajaan digesa mencari mekanisme yang tepat bagi mengurangkan impak terhadap kuasa beli rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan makmal khas yang melakukan kajian spesifik secara menyeluruh mengenainya.

"Kenaikan kos sara hidup sangat membebankan rakyat di negara ini disebabkan kenaikannya terlalu pantas dan tidak seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat.

"Fenomena ini perlu dikaji dengan teliti kerana melibatkan banyak faktor, bukan setakat harga barang-barang keperluan sahaja. Bagi saya, penubuhan makmal khas merupakan langkah terbaik yang perlu dipertimbangkan kerajaan," katanya.

nukilan stanzapop

harga naik pun nak buat makmal lagi ke bodoh? hahahaha
kepala hotak kau letak kat lutut ke bahalol?
harga barang naik tak payah buat makmal pun boleh setel la hahaha
kos tinggi kerana barang mahal!
harga mahal sebab pengguna tak ada duit!
kapitalis buat duit bila harga naik!
kos pembuatan pengguna yang tanggung!
biar orang yang tak ada pangkat "dr" bagi tahu kat kau barua makmal!
1)naikkan gaji buruh
2)gaji naik setimpal dengan kos hidup
3)bukan setakat capai gaji minima tapi kos isi rumah mesti ditingkatkan
4)keluar dari "mind set" "middle income trap" buatan sendiri!
*kalau ni semua "dr-dr" "prof-prof" boleh fikir tak payah buat dan jadi barua makmal pun boleh!
*orang duduk kat kedai kopi pun boleh fikir tak payah kat makmal kepala bana kau!