Wednesday, November 10, 2010

politik bodoh malaysia




BUKA BICARA
hai semua jangan.. salah faham dengan gambar di atas ini.. ini cuma simbolik untuk senario politik malaysia yang bodoh pada hari ini.. jadi apa kena mengena dengan gambar budak kecik 'ghairah' dengan awek cun ni? awek cun ni ibarat sebagai parti politik yang sangat menarik.. budak kecik diibarat sebagai pelabur-pelabur, perasuah-perasuah atau pun pembeli undi yang ghairah untuk melobi pemimpin-pemimpin parti politik demi masa depan mereka atau pun masa depan empayar mereka.

KERAJAAN
jika kita menyebut tentang pemimpin daripada kerajaan cuba anda semua lihat dan perhatikan terlalu banyak skandal yang menjijikkan yang terjadi.. penyelewengan harta kekayaan negara yang sepatutnya dilaburkan kepada rakyat telah pun dirompak dengan rakusnya.. tidak perlu diselindung lagi malah telah banyak disurahkan di dalam dewan rakyat mahupun media massa tetapi pemimpin yang rakus masih lagi tak sedar diri malahan menarik subsidi rakyat sedikit demi sedikit..

PEMBANGKANG (PKR)
kononnya parti politik ini akan membawa perubahan kepada yang disebut kepada "good governance".. tapi apa yang berlaku pada hari ini (pemilihan parti) yang dicanang sebagai telus,adil dan bersih itu meleset sama sekali.. Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat – satu anggota satu undi.. bunyinya cukup gah !

tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana.. Kelam dan kabut sedang berlaku dimana-mana. masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.. cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan dimana bibit bibit politik wang boleh menerbus masuk dan menjadi barah...

jika semuanya baik mengapa ada 162 aduan yang dibuat mengenai pemilihan ini.. jika tidak ada kesilapan masakan begitu banyak aduan.. suara tidak puas hati sudah kedengaran.. apa kata zaid ibrahim? apa kata mustapha kamal ayub (naib presiden pkr) perlu di ambil kira... 

KONKLUSI
di waktu pilihanraya semakin hampir pembangkang(pkr) telah membuat kesilapan.. adakah masih ada petunjuk ke arah lebih baik selepas ini? niat yang baik sahaja tidak cukup kuat untuk merevolusikan politik.. secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan akidah dalam real politik tidak mencukupi. Real politik bukan tentang niat dan akidah..

dalam real politik niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan.. mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula dari niat dan cita cita untuk membawa kebaikan..


p/s- mungkin ada yang pesimis dengan entri kali ini tapi inilah hakikat yang sebenar