Wednesday, November 17, 2010

lanun tak sedar diri




Banglo milik Mohamad Khir Toyo di Sekysen 7 di sini, sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohamad Khir segera menjelaskan bayaran tertunggak itu kira-kira RM11,000 sebaik menerima notis berkenaan yang diserahkan kakitangan Unit Perolehan MBSA kepada seorang wanita di rumahnya kira-kira jam 10 pagi.

Ketika dihubungi kemudian, Mohamad Khir berkata, beliau tidak mene-rima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya.

Banglo milik Mohamad Khir menjadi isu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, Ng Suee Lim dilaporkan mendakwa kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta. 

nukilan stanzapop
lanun tak sedar ke dia bukan menteri besar lagi?
banyak sangat rompak hasil selangor pun tak puas-puas lagi?
barua betul la lanun ni!