Wednesday, November 17, 2010

perfect hostage


Kerajaan tentera Junta semalam memberi amaran terhadap mereka yang mempertikaikan kesahihan pilihan raya yang diadakan 7 November lalu, dilihat memberi tekanan baru kepada pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang mahu penyelewangan undi disiasat.

Amaran itu menyaksikan Suu Kyi meletakkan dirinya dalam pertembungan dengan jeneral tentera memerintah, beberapa hari selepas beliau dibebaskan daripada tahanan di rumah.

Pemerhati politik berkata, pemimpin berusia 65 tahun yang juga pemenang Anugerah Nobel Keamanan itu mesti mengimbangi antara gerakan prodemokrasi pimpinannya dengan kedudukan regim tentera itu.